Wednesday, September 19, 2012

Kenapa perlu ilmu ini?

Kenapa ilmu kewangan peribadi untuk muslim diperlukan?

Sebenarnya, dunia kewangan peribadi ini telah lama wujud di alam maya ini. Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan bukti ini, di antaranya ialah kewujudan sistem barter. Kewangan peribadi adalah asal tumbuhnya kewangan dunia.

Walau bagaimanapun, hanya sejak kebelakangan ini sahaja ilmu ini menjadi semakin kompleks kerana terciptanya pelbagai produk kewangan yang terhasil bermulanya dengan kewujudan Bank. Kewujudan bank yang pada mulanya hanyalah berfungsi menyimpan wang untuk tujuan simpanan telah berkembang dan berfungsi pula sebagai pusat pelaburan dan pengurusan kewangan.

Dari produk pelaburan yang mudah seperti akaun simpanan dan simpanan tetap kepada produk pelaburan berasaskan amanah, satu persatu produk-produk ini berkembang untuk kemudahan masyarakat dunia.

Oleh yang demikian, adalah logik untuk ilmu kewangan islam diperkukuhkan kerana tidak semua produk ini adalah berdasarkan syariah. Dan tidak banyak usaha membantu umat islam khususnya di Malaysia untuk  memberi kefahaman betapa pentingnya dan perlunya kita untuk bersyukur dengan wujudnya sistem perbankan islam dan takaful di Malaysia ini.

Terdapat banyak dalil yang melarang umat islam tentang hal riba dan akibat riba di dunia dan akhirat. Salah satu objektif blog ini adalah untuk memberi kesedaran peri pentingnya menjaga pendapatan yang kita yang kita terima agar ianya kekal halal di sisi Allah. Apatah lagi, setiap apa yang kita lakukan akan diperhitung kelak di akhirat.

Sebagai seorang muslim, hal ini perlu di titik beratkan kerana kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah! Semoga blog  ini dapat memberi panduan dalam mendidik umat islam agar lebih peka dan khusyuk menghayati agama yang dianutinya dan tidak terleka dengan pelbagai perhiasan dunia. Sebab itulah kita dikehendaki membaca surah al-FATIHAH di setiap rakaat solat supaya berdoa agar Allah menunjukkan kita jalan yang lurus dan sebenar kerana terlampau banyak perkara yang kita rasa benar tetapi sebenarnya sesat dan ada juga perkara yang betul tetapi kita merasakan ianya tidak benar disebabkan kepentingan yang tertentu. Hanya Allah lah tempat kita meminta pertolongan dan pada masa yang sama kita tingkatkan ilmu dan amalan ajaran Nabi Muhammad (s.a.w) yang sebenar.

No comments:

Post a Comment